Monday, December 17, 2012

bosan di petang hari

iya,ini entry berbahasa melayu.

di kawasan rumah aku,baru sahaja habis hujan,sejuk.
memang musim hujan pun sekarang,tak boleh buat apa,semenjak november kalau tidak salah aku.

aku banyak kali hampir menaip perkataan cinta di blog ini sewaktu aku sedang menulis ini,pengaruh Yiruma's sangat kuat,salah aku pun aku biarkan sahaja lagu ini didendangkan.

petang yang bosan,di atas katil,kipas kecil terpasang,aku menghadap laptop sambil gitar di sebelah (acah macam power sahaja),iya typical petang aku,bosan.

oh sementara makin ingat,aku mahu kongsi isi hati dengan kamu (kalau ada yang membaca),perihal facebook sebenarnya pun,tetapi aku macam hurm (eh kenapa aku macam sangat joyah ya?!).

anyways,aku mahu tanya satu soalan kepada penggemar facebook yang kerap kali memenuhkan news feed aku dengan status berunsur religi/agama,ya ya syabas diucapkan sebab berjaya berdakwah nah satu choki choki maya dari aku,

tetapi,

ya ada tetapi,aku cuma mahu tanya satu soalan,ikhlaskah kamu nak berdakwah itu,atau cuma mengutip like dari seantero penggemar religi?

aku bukan dengki,aku cuma hairan.

seolah kau kejar publisti murahan.

eh bukan aku seorang cakap..yalah,aku seorang yang cakap hehe,bleh.

p.s-aku sekarang dijemput oleh Wasseemm (bukan nama sebenar,tambahan aku tiada link blog kau) untuk menulis di dalam bukunya,well ini project buku indie pertama (Ada 10 orang penulis kalau tidak salah) kalau berjaya nanti akan aku cuba beritahu dalam blog ini ya.hehe

suntingan: ini dia blog wassim 

No comments: