nuff nuff nuff

Friday, May 25, 2012

random

just a picture of my desktop :)


monolog

kerana hidup ini macam roda,kerana itu terdapat frasa roda kehidupan,kekadang kita di atas,kekadang kita dibawah,kekadang kita rasa seperti diatas sedangkan di mata Allah kita dibawah.

kan?

manusia dikala lapar mencari makanan,hati dan rohani jikalau lapar?
zikrullah.

ahh,aku manusia munafik,berkata baik di halaman nyata,di balik tirai,tanduk syaitan menumbuh galak.ya,itu aku,manusia yang jiik dan hina.

aku seorang lelaki,hendak dikatakan bertuah pun ya,malang pun ya,sedang sedang sahaja,bukan seorang yang kacak mahupun anggun,lagilah jelita itu jauh sekali.bukan,aku bukan semua tu.

aku menulis atas dasar suka suka,kalau dipaksa aku tidak akan menulis,apabila seru telah tiba,maka menarilah jari jemari ku di papan kekunci ini.pantas,ampuh dan menyendiri aku menulis,tanpa tekanan dari pihak mana mana.

kenapa setiap bicaraku kini,hampir kesemuanya abstrak dan tiada kaitan? entah.

aku menulis dari apa yang terdetik dari benak hati.

apa yang aku fikir,aku curah melalui penulisan.

tiada yang lain.

aku selalu berfikir untuk menggarapkan setiap apresiasi aku pada dunia fana ini dalam laman blog aku,namun entah,aku hampir setiap kali pulang dari bekerja.

aku lupa.

mungkin helaian rambut putih sudah melebat di kepala mungkin?

entah apa entah yang aku curahkan sekarang ini ya? kamu pun mungki bergelak tawa,ataupun kebosanan?

entahlah kan?

aku menulis atas dasar suka suka.

kerana persetankan apa yang orang fikirkan.

sekian,monolog panjang rangkap pertama.

....

apa yang aku mahukan? maksudnya dari segi kehidupan?

ya,aku mahukan kehidupan yang bebas,bebas mengembara,duit tebal di poket,bersama dengan yang tercinta,menjelajah setiap benua,bergembira di malam hari,mendengar aluan music rancak.

itu yang aku mahukan.

tapi apa yang agama aku tuntut?

9/10 daripada apa yang aku mahu itu hanya boleh didapati di syurga.

ahhhhh.

kehidupan di dunia ini sebenarnya telah dari awalnya bebas kau tahu?

cuma bila kau melakukan kesilapan,

bersedialah untuk dijilat si api neraka.

sekian. monolog rangkap kedua.

terlalu random

apa yang ada takkan kekal selamanya,

contohnya yang muda akan tua,yang cantik akan berkedut,rambut yang hitam akan memutih, dan yang hidup pasti akan mati,

aku akan sangat random dalam post kali ini,maafkan aku.

jadi bekerja di outlet popular,masuk dalam bulan keduaku.

buat aku matang mungkin,mungkin menambahkan kematangan aku dalam menilai setiap sisi manusia.

sisi ibu dan bapa mungkin.

bagaimana setiap kali aku melihat anak kecil merengek meminta sesuatu,dan bagaimana ibu bapa mereka membiarkan sahaja,lalu memarahi dengan ancaman tamparan dan juga pukulan,buat aku terfikir.

mereka kan masih kecil,apa salahnya dituruti?

yaa,aku tahu menurut apa sahaja kemahuan anak-anak mungkin akan membuatkan mereka manja,tapi aku rasa mereka masih kecil,jadi apa salahnya sedikit kemanjaan itu diberi? mereka itu kan darah daging kita?

sayu hati aku melihat seorang budak lelaki menangis dimarahi bapanya hanya kerana ingin sepaket coklat.

ingin aku dukung dia dan membelikan coklat itu dan memujuknya agar berhenti menangis.

namun aku juga sedar,mampukah aku menjadi seperti itu apabila aku menjadi bapa nanti?

sigh.

perubahan.

setiap kali ingin berubah,Allah akan turunkan ujian yang akan menduga niat perubahan kita.

aku selalu terkena,dan aku selalu gagal.

sedih,sedih dan sedih itu sudah pastilah.

aku bukanlah seorang yang kuat agama,short itu sudah menjadi pakaian biasa meski mahu keluar dari rumah,mendengar lagu lagu melalaikan,melewatkan solat.

aku bukan muslim yang baik.

sehinggakan aku pernah terfikir untuk berhenti mencuba,sigh.

namun aku masih belum mengalah.

sigh.

aku juga semakin leka,aku semakin pasrah,aku benci diri aku yang sekarang,seolah-olah ingin mencari perhatian,apakah yang terjadi wahai aku?
namun,ada ruang pembetulan,akan aku usahakan secepat mungkin.

oh.

plan ke sabah sebenarnya dalam timbal balik tolak tambah lagi kerana plan mendaki kinabalu terpaksa dibatalkan,dan kemungkinan tiadanya tiket penerbangan ulang alik pada julai ini,aduh kepayahan buat pengembara random seperti aku ini.jadi mungkin plan B dan C? mersing mungkin ataupun tioman? entah,pilihkan untuk aku.

ahhh,pastinya ada yang pening membaca kan? terlalu random,setiap perenggan tiada kaitannya,entah apa apa addin,suka berbicara dan beromongan liar.

maafkan aku,sudah terlalu lama berdiam diri,tambahan interface write new post ini tidak aku gemari.

buruk

jadi sebagai hadiah,aku akan selitkan sekeping gambar berisi kata kata hikmah dari aku.


Wednesday, May 9, 2012

ingat tak?

hai semua,ingat tak bila aku berkata yang aku akan slow dalam berblog ini?


hehehehe,kbai.

Tuesday, May 8, 2012

perhatian mungkin?

aku rasa aku akan tangguhkan dahulu episode empat tentang novel mikro aku itu,bukan apa,cuma aku sedang dalam proses hendak merangka jalan cerita agar tidak menjadi terlalu cliche.

mungkin akan aku masukkan unsur unsur magis ataupun mistik.

mungkin.

so,perlu kah aku terus menulis lagi dalam entry ini?

mungkin.

mungkin mungkin.

ahh,aku sangat sukakan perkataan mungkin ini kenapakah? sila hentak aku menggunakan sepatu beramai-ramai.aku mungkin sudah biul barangkali.

mungkin.

tengok tu! *hentak hentak kaki tanda protes*

sejujurnya,aku harus hentikan penggunaan mungkin ini dalam setiap entry aku,nampak annoying lah pula kan?

mungkin

*kasut melayang keluar dari skrin*

okay okay.

aku tahu blog aku mengalami kemeruduman,eh betul ke ejaan itu?aku tidak peduli,oh sampai mana tadi ya?

*sayup sayup suara menegur 'kemeruduman'*

haa,ya kemeruduman,ehem,jadi aku rasa sampailah masa untuk aku mulakan langkah pengunduran dari dunia blogging ini secara perlahan mungkin? jadi akan kurang lah entry yang akan aku post.

mungkin 6 bulan sekali.

mungkin sahajalah kan.

eh maaf penggunaan perkataan mungkin.

jadi itu sahajalah pengumuman,ehem.

sekian,terima kasih.

p/s-i am really glad if there are people who still read my blog despite i have stop publicise it on the social media,thanks.

Thursday, May 3, 2012

melakar pelangi,

when i learn to forgive and forget,i also knew that there might be another consequences.

the other part will not ever feel the same way.

maksudnya,apa yang kita rasa,tak akan mutually terjadi dekat satu pihak yang lain,mungkin kerana pada saat itu,kita yang buat keputusan dan bukan dia,dan mungkin keputusan yang dia ambil itu buat dia regret one day later.

entah.

just my two cents.

diri aku,aku sahaja yang kenal,aku tahu betapa bounded-nya diri aku dengan my past,kehidupan lampau,dan aku bukan manusia yang mudah lupakan masa lalu macam hilangkan sekeping puzzle dan digantikan dengan yang baru.

i cherish every memory.

and sometimes i regret it.

but as time flows,i think i need some changes.

hidup tak selalunya indah,dan memori akan kekal memori,kita takkan boleh padam apa yang telah terjadi.

baik ataupun buruk.

semuanya dah terjadi.

siapa kita untuk sesalkan semuanya di kemudian hari? kita marhaen yang lemah,hamba tuhan yang tiada daya kuasa.

jadi apa harus kita lakukan?

lupakan kesedihan dan mula melakar pelangi di kemudian hari.

mungkin,itu lebih baik untuk kita.

tiada jaminan,tapi tak salah mencuba.

wallahualam.

Tuesday, May 1, 2012

cerita dia episode 3

detik masa berlalu,pelbagai perkara disembangkan,politik,kisah kisah lama,kisah kisah lucu,semua dicurahkan di meja makan.

tergelak,tertawa.

"cantiknya" detik hati kecil danial.

terperasan mungkin akan pandangan danial yang seolah tidak berkelip membuatkan lynn menegurnya.

"hey,ye pun berangan,janganlah berangan waktu aku cerita weh,marah lah macam ni"

"haa,sorry lah,kau cerita banyak sangat sampai mengantuk aku,tengok dah pukul berapa dah ni haa"

disua jam tangannya ke arah lynn.

"alaa,baru pukul 1,lek dulu,tak bujang lah tak lepak malam malam"

"lynn oi,ang tu anak dara,lainlah kau ni lelaki,boleh jugak kalau balik lambat menumpang tidur rumah aku,ni kau tu perempuan,takkan nak menumpang bilik aku kot?"

"kalau kau bagi apa salahnya,haaaa"

terdiam.

putih muka danial seolah hilang darah mendengar jawapan lynn.

"ehh kau,aku gurau je lah,eh hantar aku balik,member aku yang hantar aku tadi malas nak ambil aku lah"

"ah kau,part menghabiskan minyak aku memang number satu,dah meh meh,kau bayar makan okay?"

"yelah,kedekut"

....

perlahan kunci pintu rumah sewa di shah alam itu dibuka,lampu masih lagi terang,kelihatan 2 orang rakan serumah danial masih lagi belum tidur.

"layan league of legend lah tu korang ni",kata danial sambil membuka sarungan jaketnya.

"yelaahhhh,kami ni mana ada orang nak ajak makan luar,lagi lagi perempuan,jadi kami layan lah game ni haa,biasalah kan eri? forever aloneee",perli hafiz.

ahmad qushairi dan anuar hafiz.

gelar mereka eri dan hafiz,dua kawan serumah danial.eri orang kuala lumpur,anak jati cheras dan hafiz orang klang,satu kawasan dengan danial.

bertiga mereka juga rakan semenjak asasi,mendapat tawaran di tempat yang sama cuma berlainan course.

eri budak architecture,berdarah seni semenjak kecil,design ke apa semua benda,serah sahaja pada dia.

hafiz pula budak programming,bab bab coding ke hack ke apa semua benda juga,dia lah pakar,kepakaran dia sampai ada orang upah untuk hack server universiti untuk tahu result exam lebih awal.

"lynn tu kan kawan aku,tak salah kan aku keluar makan dengan dia? lagipun aku bukan ada apa apa dengan dia maa"

"yelaahhh,sekarang cakap kawan,dua tiga empat tahun lagi?" kata eri pula.

"bini yop,hahahahahaha",sambung hafiz.

"ah sudah,melayan korang sampai esok pun tak habis,korang masak apa harini?"

eri pandang hafiz,hafiz pandang eri balik,dua dua pandang danial.

masing masing dengan senyum lebar dipipi.

...

bersambung