Saturday, May 16, 2020

liku kehidupan

dalam kerangka kehidupan, ada beberapa banyak faktor yang sukar kita jangka, contohnya apa yang akan berlaku di masa hadapan kerana kita tiada langkah/cara untuk menjangkau sesuatu yang belum berlaku  

sejujurnya aku selalu berfikir dahulu, ketika aku kecil, dunia akan bergerak mengikut corak yang seragam. 

dilahirkan,bersekolah,tamat.
mula bekerja, berkahwin,punya anak,tamat. 
dan seterusnya bersara dan mati. 

aku ingat corak yang seragam untuk semua manusia. 

cuma aku lupa yang diantara. 

setiap individu ada karakter mereka sendiri, termasuk aku. aku mungkin protagonis utama dalam kisah hidup aku sendiri namun, aku bukanlah siapa siapa untuk orang lain. 

dalam setiap corak yang seragam pasti ada yang tersasar dari apa yang kita jangkakan tidak kira dari sudut apa. 

dahulu aku ingat apabila sudah bekerja, automatis akan ada rumah besar dalam kawasan perumahan berpagar, tanpa ada sebarang kerisauan.setiap hujung minggu dapat keluar menonton teater bersama isteri. itu yang aku sangkakan. 

namun, 

aku terlupa, menginjak dewasa, aku kian mempunyai hutang, aku mempunyai bebanan kerja, dan aku juga punya kesedihan kesedihan yang lain. 

tetapi harus diingatkan, 

tanpa kesedihan,tanpa kekecewaan, tak mungkin aku akan jadi manusia seperti ini hari ini  

jadi apa boleh buat 

terus berjalan, bakar rokok dan hembus, dan terus berjalan. lebih enak jika ditemani secangkir teh panas manis untuk dikongsi dengan teman disebelah. 

hidup memang palat, namun esok masih ada. jadinya ayuh kita berjalan menuju kehancuran dengan poket berisi hanya tangan 


sign//adnv

No comments: