Wednesday, May 13, 2020

kini aku hidup

selamat siang,

aku terbangun kerana corak tidur aku sudah menggila sejak beberapa hari ini. Well, apa kita boleh lakukan, inilah kehidupan.

tak semua akan berjalan dengan kehendak kita. 

aku selalu mengaitkan keupayaan menulis dengan kegembiraan. (88% tepat aku rasa) 

semakin gembira anda semakin sikit anda menulis. 

mengapa ada baki 12%? kerana pattern seperti aku sekarang. aku menulis kerana aku dah lama gila tak menulis rasa terabaikan blog ini pula. 

jadinya inilah aku. 

10 tahun dahulu aku adalah seorang kanak kanak 17 tahun yang penuh dengan suicidal tendency dan aku kink 27 tahun, pun masih ada suicidal tendency (sedikit) tapi masih cool dan steady. 

aku belajar untuk hidup. 

bukan untuk aku tetapi untuk orang lain. 

aku ada membaca beberapa post post lama aku yang yang sudah tentulah cringy dan edgy. namun banyak juga nasihat yang aku boleh ambil untuk diri aku sendiri. 

terutamanya adalah belajar untuk bersyukur. 

aku amat kurang bersyukur. 

jadinya azam aku adalah untuk lebih lebih bersyukur.

terutamanya aku akan jadi bapa hujung tahun ni jadinya ya. 

doakan aku ya siapa yang membaca ni? 

p/s- aku rasa tiada hahaha

2 comments:

Baby said...

Dapat anak nanti, automatik rasa bersyukur bila lihat dia 😊 jgn bimbang.

adnv said...

Amin insyaAllah