Sunday, November 4, 2012

bakar.

meratap dia,isinya kosong,
ditertawa atas omong kosong.

pasrah.

isi dunia yang kadang kala mencela,
kadangkala rapuh,kadanglala menyakitkan.

ada masa dunia ini indah,mempersona,
memukau dari segenap sudut,
menerbit air mata dari celah dua bola mata,
dunia.

mahu sahaja aku bakar segala isi dunia,
agar semua bermula kembali segar.

mahu sahaja aku gantung segala hipokrasi,
agar semuanya kembali bersih,
tiada kerapuhan.

mustahil,kata mereka,
dunia sudah bermula begini sejak dahulu,
aku bisu,
mengiya.

mereka terkadang sahaja memahami isi hati ini,
terkadang lupa,
manusia dan dunia,
merosakkan sesama sendiri.

perlukah aku senyap kembali,
merosotkan tubuh di sudut jendela,
dan mengharap kembali?

agar dunia bermula semula?

ah,kalau dibiarkan,akan aku bakar dunia ini dan segala isinya,
agar semuanya bermula kembali.

jaidunni,2012.


p/s-ya aku pergi ke KAED Live,event pertama aku semenjak dua tahun meninggalkan dunia indie yang aku cuba kikis dari hidup aku.ternyata masih ada ruang kasih untuk sesuatu seperti ini,haha.



1 comment:

deana said...

That shirt. Lol. Btw, sastera habis. BM A+ sangat uols.