Tuesday, February 9, 2016

tips percintaan dan lain lain

salam and hai semua,pada yang membaca (or not) aku sudah mengguna kembali domain lama setelah beberapa lama hiatus dari dunia penulisan blog (dan lain lain)

kini aku di semester terakhir pengajian ijazah sebelum pergi untuk industrial training dan jujur aku cakap aku semacam tidak bersedia (aku serius)

dunia industri menakutkan aku (serius) seolah aku rasa aku takkan cukup bagus untuk bekerja di syarikat besar bermodal juta juta, semacam ilmu semacam belum penuh (masih serius)

aku tiada media sosial yang lain kerana aku mahu jadi cool and hip tapi masih mengikuti trend terkini iya benar aku tahu saja issues yang berlaku terutama kisah politik dan ekonomi malaysia yang secara jujur kalau difikir banyak kali boleh bikin pusing.

untuk sesiapa yang membaca (ada kah?) mari aku kongsi sedikit tips percintaan yang aku rasa berguna berdasarkan pengalaman aku ini ayuh

yang pertama jika anda lelaki ingatlah woman is always right and happy wife equals to happy life
jika anda wanita abaikan sahaja kerana anda selalu betul (walaupun setelah setengah jam selepas itu kewarasan anda datang dan anda mula sedar anda salah lol)

yang kedua,berhenti bergaduh hal remeh kerana hal remeh bukanlah hal besar yang patut di beri perhatian,seriously ia hanya membuang masa dan senyuman.

yang ketiga untuk wanita,janganlah menganggap lelaki mempunya kuasa membaca fikiran kerana kami tidak,

contohnya "you tahu kan i marah sebab apa?" sambil menarik muncung panjang secara seriusnya kami tak tahu jika tidak diberitahu.

rasanya itu sahaja,aku bosan ni.

oh ya hari ini hari jadi bapa aku,jadi selamat hari jadi abah!

selamat malam.

No comments: