Sunday, March 22, 2015

terbuku

the thing is most people are pretentious fuck and most of them tak sedar they are being one.

zaman sekarang social media berjuta medium untuk kita kongsi pelbagai isi hati mahupun gambar dan sebagainya lah dan aku tidak lah terkecuali. aku juga menjadi mangsa trend dan globalisasi.

namun pada aku setiap yang kita lakukan ada batas juga.

walau kau rasa diri kau limitless setiap kali kau baru habis tonton filem limitless.

get it? no? okay.

aku bukan seorang yang religiously-devoted namun aku tetap tahu menghormati sesetengah pantang larang dalam agama aku.

bagi aku kalau kau tidak punya ilmu untuk berbahas mahupun mengupas sesuatu issue seperti aku bagi contoh issue agama yang sensitif kau bincang dalam kalangan kau sahajalah.

tidak perlu kau perbesarkan sehingga ke merata rata rata rata tempat.

itu satu perbuatan yang bodoh.

tidaklah aku rasa apa yang kau bahaskan itu satu kebodohan yang total, ada jua benarnya di kiri dan kanan tetapi aku rasa isi yang bangang yang cuba kau kupas itu melebihi isi yang baik.

dan itu salah,atau kalau mahu ikut perspektif majoriti, sangat salah dan sangat bodoh.

iya aku menghentam engkau sekarang.

dan iya aku juga tidak punya banyak ilmu.

dan tidak aku tidak cuba berlagak pandai.

ada kau lihat aku letak theoram phytogeras di dalam ayat aku? tidak kan.

jadi cubalah untuk mengkaji ilmu itu dulu,dan kalau mahu mengkaji pun berguru.

kerana apa?

sebab belajar sendiri itu gurunya syaitan.

selamat.


No comments: