Friday, August 29, 2014

ada cerita

ini kisah separa benar dan keasliannya terpaksa diubah untuk menjaga air muka karakter yang terlibat

itu hari ibu aku mengajak aku ke Pahang dan kemudiannya ke Perak untuk melawat adik beradik aku.

iya,adik beradik aku semua duduk jauh jauh atas faktor belajar lagi.

jadi sewaktu kami sudah mahu sampai ke Kuala Lipis, ibu aku pun menelefon lah adik aku yang berada di asrama (aku tak boleh buat panggilan kerana aku pemandu,tambahan pula mak aku tak percayakan pemanduan aku walaupun hanya pernah kemalangan 4 kali)

truttt trutttt

"hallo mak" kata adik aku.

"haaa adik,kami nak sampai tempat kau ni,kau nak kirim apa apa ke?"

"haa boleh lah mak belikan minuman bliss perisa mix berries ye"

mak aku ada masalah pendengaran sedikit jadi dia minta adik aku ulang lagi apa yang dia pesan

"bliss mak,bliss perisa mix berries"

mak aku pun angguk angguk dan letak talifon dan masukkan ke dalam beg tangan dia.
dia pun kata pada aku

"haa itu ada seven eleven ko berenti kejap belikan adik ko punya barang"

aku pun okay lah tiada masalah.

"adik suruh belikan apa mak?"

mak aku kerut kerut dahi macam tak puas hati dan kata pada aku

"dia pesan suruh belikan minuman ikan bilis perisa mix berries,aku tak tahu pulak budak sekarang suka minum ikan bilis,zaman aku tak ada pun"

aku cuma mampu gelak.

bliss mak bukan ikan bilis!!

No comments: