Sunday, June 8, 2014

#1

lama dah tak menulis.

rasa keras kematu jari jemari bila mula menekan papan kekunci di komputer riba berusia 3 tahun setengah ini. rasa berdebar semacam sahaja bila mahu mula menulis ni. aha.

tahukah kamu semua apabila seorang manusia semakin gembira, tahap kreativiti dan seni dia akan sama ada berkurangan atau semakin bertambah?

untuk aku,semakin aku gembira, semakin kurang rasa untuk menulis dalam blog buruk hitam ini.

sudah tidak semeriah dahulu.

kalau dulu hidup aku sentiasa ada cerita,banyak pengembaraan emosi seumpama roller coaster,tetapi masalah sekarangnya aku gembira.

dan aku suka simpan perasaan gembira itu hanya untuk aku dan teman rapat sahaja.

jangan risau jangan risau,kamu semua pun teman rapat aku juga.

pernah dengar tak,

"kita takkan dapat semua yang kita nak"

kehidupan macam itulah, Tuhan akan bagi kita apa yang kita perlu sahaja bukan apa yang kita mahu.
kerana kemahuan itu nafsu.

tapi boleh juga kalau kau mahu sesuatu,berdoalah pada Dia.

dia kan maha pendengar lagi maha penyayang?

tak susah pun angkat tangan atas tikar sembahyang.

jadi bagaimana kehidupan aku sekarang? aku sudah tamat tahun kedua sekolah kejuruteraan teknologi kimia.

bulan sembilan kelak aku akan menginjak ke tahun yang ketiga,semakin hampir dengan penamat nampaknya kan.

haih.

cepatnya masa berlalu,kalau sekarang aku baru sahaja menyambut hari jadi aku yang ke 21, tak lama lagi aku akan menyambut yang seterusnya dan yang seterusnya akan membawa aku lebih dekat dengan kematian.

aku tak rasa aku akan mati saat rambut aku sudah memutih dan kaki sudah mulai kaku.

aku risau kalau tiba tiba akhir aku tulis warkah ini,
tuhan ambil nyawa aku

No comments: