kosong,
tiada interpretasi malam ini.
dilema mungkin?
ya,mungkin.
memikirkan betapa masa berjalan begitu pantas membuatkan aku acapkali singgah di memory lane,haa lama kan sudah aku tidak menjegah memory lane?
*angguk*
...
memory lane.
1999.
june.
entah kenapa entah,1999 seolah tahun yang keramat bagi aku lah kan,menyimpan banyak kenangan,seperti aku mula menyokong Arsenal semenjak 1999,ya aku peminat tegar,kau jangan cari pasal.
ya,1999 adalah untuk pertama kalinya aku jatuh cinta,meski aku rasa tak sesuai rasanya untuk ayat jatuh cinta itu,namun tak apalah,buat aku yang ketika itu masih lagi belum mumayyiz ini,perasaan itu datang tiba tiba.
namanya? biarlah aku namakan dia dengan nama nurul.
ya,nurul.gadis igauan setiap jejaka berumur enam tahun di tadika ketika itu,rambut yang lurus dan ikal di hujung,dengan tahi lalat pemanis muka di dagu,ahh mencairkan setiap kanak-kanak yang melihat.
hey,sumpah dia attractive okay?
baiklah,sambung cerita.
dua tahun sebenarnya aku setadika dengan dia,dan selama dua tahun itu aku menaruh perasaan pada dia,dan selama dua tahun dia juga menjadi punca aku tak pernah ponteng kelas di tadika,true story.seolah dia menjadi punca aku hidup ketika itu,seharian tanpa dia membuatkan aku seolah olah rawan dan hilang punca.
eh kenapa seolah sangat jiwang karat ini sedangkan baru sahaja enam tahun?
tak mengapa layan.
dia lah segalanya,intan payung dan permata,pengelap kaki dan juga penyapu hati,begitulah segala hiperbola boleh disumbat dalam satu ayat dek kerana kasihnya hamba pada dia,acewah.
tapi sayang,cintaku bertepuk sebelah tangan.
aku tak pernah meluahkan rasa kasih dan sayang pada dia,tak pernah kamu tahu? tak pernah,sehinggalah pada satu hari aku berjanji pada diri aku,selepas habis tadika,akan aku sampaikan rasa sayang ini pada dia.
namun begitu,benarlah kata pujangga,cepatlah dan segeralah membuat keputusan.
aku telah berpindah rumah setelah tamat pengajian di tadika kemas itu,dan harapan untuk sesi meluahkan perasaan,kini tinggal kenangan.
devastated,kecewa,marah,sedih semua bercampur baur.
sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tiada gunanya.
aku tak sempat menyatakan hasrat hati ini.
sehinggalah pada hari ini,aku masih lagi dihurung beribu sesalan.
okay sangat hiperbola.
tahun-tahun berganti tahun,hari berganti hari,baju berganti saiz,dia masih lagi tidak kutemui.
dikesempatan ini,ingin aku katakan,
nurul,aku ingin kamu tahu,13 tahun dahulu,aku menyimpan perasaan terhadap kamu,dan aku harap kamu tahu sekarang betapa kecewanya aku terpaksa berpisah dengan kau,maafkan aku kerana terlambat 13 tahun okay? maaf.
...
dan begitulah kisah memory lane pada malam ini,
sekian,
assalamualaikum.
p/s-mohon kalau suka,jangan tunggu lama lama ya :)
3 comments:
pesanan kau,yang last. fuhh makan dalam tak tipu makan dalam. -.-'
fuh.
Fuh , kisah cinta budak 6 tahun sangat pure :) haha
Post a Comment